Peluru berpandu yang disasarkan di ruang udara Riyadh oleh puak Houthi semalam. foto RT News

RIYADH – Dua peluru berpandu yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman di ibu kota Riyadh berjaya dipintas, di tengah-tengah usaha gabungan Arab Saudi untuk merampas bandar pelabuhan utama Yaman dari kumpulan yang disokong Iran.

Sekurang-kurangnya enam letupan besar kedengaran dan pancaran cahaya di langit di ibukota Arab Saudi, kata seorang saksi kepada Reuters.

Serpihan peluru berpandu ditemui di jalan-jalan raya di kawasan diplomatik, lokasi penempatan kebanyakan kedutaan dan warga asing.

“Angkatan Pertahanan Udara Diraja Saudi telah memintas dan memusnahkan peluru berpandu.

“Beberapa serpihan peluru berpandu yang dipintas mendarat di kawasan kediaman,” kata jurucakap pakatan, Turki al-Malki dalam satu kenyataan.

Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Televisyen al-Masirah yang dikendalikan Houthi berkata, peluru berpandu Burkan disasarkan ke atas kementerian pertahanan dan lain-lain.

Serangan itu adalah yang pertama mensasarkan Riyadh sejak gabungan yang dipimpin oleh Arab Saudi melancarkan serangan pada 12 Jun lalu untuk menawan semula bandar pelabuhan Yuran di Hodeidah.

Tindakan yang dilakukan itu bertujuan melemahkan Houthi yang mengawal sebahagian besar Yaman termasuk ibu kota Sanaa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast