KUALA LUMPUR – Datuk Asri Hamidon dilantik sebagai Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang baharu berkuatkuasa semalam.
Beliau adalah timbalan ketua setiausaha yang menyelia pelaburan kerajaan di Perbendaharaan.
1MDB dalam kenyataannya juga mengumumkan pelantikan jawatan kuasa eksekutif baru yang dianggotai oleh Datuk Mohammad Faiz Azmi, Datin Rashidah Mohd Sies dan Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.
Exco itu telah diamanahkan oleh Lembaga Pengarah 1MDB untuk menguruskan operasi entiti tersebut. – MalaysiaGazette