Vietnam
Vietnam merupakan antara negara yang terdedah kepada banjir dan ribut taufan yang  membunuh ratusan orang setiap tahun.

HANOI – Banjir dan tanah runtuh yang melanda Vietnam mengakibatkan 15 orang maut hari ini  dengan pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat akan melanda kawasan pergunungan di utara negara itu.

Wilayah Lai Chau, 290 batu di barat laut Hanoi menerima kesan paling teruk, kata Le Trong Quang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat.

Kebanyakan mangsa masih tenggelam dalam aliran air sejak Sabtu lalu dan hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh, kata Quang.

“Kami menghadapi hujan lebat sepanjang hari dan saya khuatir jumlah kematian akan meningkat yang mana kini 11 orang hilang,” tambah beliau.

Vietnam merupakan antara negara yang terdedah kepada banjir dan ribut taufan yang  membunuh ratusan orang setiap tahun. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast