Goran Bunjevcevic. foto Agensi

LONDON – Bekas pemain Tottenham Hotspur, Goran Bunjevcevic meninggal dunia akibat aneurisme pada usia 45 tahun, lapor BBC.

Dia yang juga bekas kapten Red Star Belgrade berjuang dengan sejenis penyakit yang menyebabkan dinding arteri lemah dan membengkak.

Bunjevcevic pernah mengendalikan kelab tersebut dan dilantik menjadi pengarah bola sepak sebelum berkhidmat dengan Persatuan Bola Sepak Serbia.

Red Star Belgrade dalam satu kenyataan berkata, Bunjevcevic bertarung selama lebih sebulan selepas disahkan aneurisme pada 20 Mei tahun ini.

“Namun hari ini adalah amat menyedihkan apabila dia akhirnya tewas melawan penyakit ini,” kata kenyataan itu.

Bunjevcevic bermain untuk Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris antara 2001 dan 2006 sebelum menamatkan kerjayanya di Belanda bersama ADO Den Haag. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast