Gareth Southgate
Gareth Southgate menyifatkan perhitungan pusingan kalah mati England lawan Columbia adlah terbesar dekad ini dalam Piala Dunia Rusia 2018

MOSCOW – Gareth Southgate menyifatkan perhitungan pusingan kalah mati England dengan Columbia sebagai acara terbesar dekad ini.

Pengurus skuad Three Lions itu mempertahankan tindakannya membuat lapan pertukaran dalam skuad utama sebelum menentang Belgium semalam.

Dalam aksi terakhir kumpulan G itu, England tewas 1-0 kepada skuad bimbimbangan Roberto Martinez yang muncul juara kumpulan untuk mara ke pusingan ke-16.

England selaku naib juara kumpulan akan berdepan ujian sukar dalam pusingan ke-16 apabila akan berdepan pasukan Amerika Selatan di Moscow pada Selasa ini.

“Kami mahu menang dan aksi pusingan kalah mati bertemu Columbia adalah terbesar dekad ini.

“Maka saya perlu memastikan pemain utama dalam pasukan dilindungi dan bersiap sedia.

“Kami mahu menang aksi menentang Columbia dan yakin kekalahan semalam tidak akan menghalang momentum kami berdepan Columbia,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast