Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah dan Timbalannya, Datuk Badlisyah Abdul Ghani menamatkan perkhidmatan mereka berkuatkuasa Sabtu lalu selepas kontrak mereka tidak disambung.

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah dan Timbalannya, Datuk Badlisyah Abdul Ghani menamatkan perkhidmatan mereka berkuatkuasa Sabtu lalu selepas kontrak mereka tidak disambung.

Johan menyertai TH pada Januari 2015 sebagai Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif manakala Badlisyah menyertai TH pada 1 Julai 2016.

Lembaga Tabung Haji dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, selain Johan dan Badlisyah, kontrak dua ahli lembaga pengarah turut ditamatkan pada 30 Jun lalu.-MalaysiaGazette