Aishah politik

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, mengumumkan bersara dari dunia politik.

Beliau sebelum ini aktif dengan Parti Amanah Negara (PAN), pernah muncul dalam beberapa program parti itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),

Juara Gegar Vaganza Ke-4 itu berkata, beliau kini mahu fokus kepada bidang nyanyian.

“Dulu bermula dari bidang seni sekarang kembali fokus kepada bidang ini.

“Selamat tinggal politik, dari saat ini I seperti orang lain menjadi pemerhati dan pengundi sahaja,” tulisnya di akaun Instragramnya.

Sebelum aktif dengan PAN, Aishah menjadi ahli Pas.

Beliau pernah menjadi calon Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tetapi gagal dengan pesaingnya pada masa itu iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada Barisan Nasional (BN).- MalaysiaGazette