Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin menyindir Peguam Negara, Tommy Thomas yang membatalkan sidang medianya di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur gara-gara tidak pandai berbahasa Melayu.

“Peguam Negara UK (Ubited Kingdom) tidak dapat berbahasa Inggeris. Tentu pelik. Peguam Negara China tidak boleh berbahasa Cina. Pasti pelik. Peguam Negara Arab tidak boleh berbahasa Arab. Ternyata pelik.

“Peguam India tidak boleh berbahasa India (Hindi). Jelas pelik. Peguam Negara Malaysia tidak dapat berbahasa rasmi Negara Malaysia. Memanglah pelik,” tulis beliau dalam Facebook rasminya semalam.

Asri membuat kenyataan itu selepas Tommy membatalkan sidang media selepas berlaku provokasi diantara penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memaksa beliau bercakap dalam Bahasa Melayu.

Umum mengetahui, Tommy tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan sering mengadakan sidang media dalam Bahasa Inggeris.

Lebih 100 penyokong Najib bersorak ‘bahasa Melayu’ ketika Thomas sedang memberi kenyataan kepada wartawan dalam bahasa Inggeris. -MalaysiaGazette