Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Sebagai rakyat Malaysia, Peguam Negara Tommy Thomas sepatutnya fasih berbahasa Melayu yang merupakan bahasa Kebangsaan.

Ujar Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ahmad Maslan, Peguam Negara itu perlu disedarkan bahawa bahasa Inggeris yang digunakan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, adalah bahasa kedua.

“Bahasa pertama kita ialah bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris,” katanya sambil mempersoalkan tahap semangat patriotik dan kebangsaan yang dimiliki Tommy.

Semalam, sekumpulan penyokong Najib dikatakan cuba mengganggu sesi sidang media Tommy di luar mahkamah yang melaungnya supaya beliau bercakap bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, Tommy bersama sekumpulan pendakwa raya membatalkan sidang media itu, sebelum meninggalkan mahkamah tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes Najib.

Menurut Ahmad, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya menyemak dahulu kefasihan Peguam Negara itu dalam pertuturan bahasa Melayu.

“Mengapa masa kerajaan PH lantik beliau (Tommy) dulu tidak semak dulu perkara asas ini?

“Saya harap Tommy segera mengambil guru untuk belajar bahasa Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast