Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Tan Sri Jenenal (B) Abdullah Ahmad (kiri) akan meletakkan jawatan, perkara tersebut disahkan oleh seorang sumber kepada Bernama.
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Tan Sri Jenenal (B) Abdullah Ahmad (kiri) akan meletakkan jawatan, perkara tersebut disahkan oleh seorang sumber kepada Bernama.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Tan Sri Jenenal (B) Abdullah Ahmad akan meletakkan jawatan, perkara tersebut disahkan oleh seorang sumber kepada Bernama.

“Saya tidak boleh bercakap apa-apa pada masa ini. Tetapi saya boleh beritahu, memang dia akan meletakkan jawatan,” katanya.

Menurut sumber tersebut, kenyataan rasmi berhubung perletakan jawatan Abdullah akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Mavcom menjadi perhatian baru-baru ini selepas beberapa syarikat penerbangan seperti AirASia, Eagleexpress, Air Charter Sdn. Bhd. dan Suasa Airlines Sdn. Bhd., meminta supaya suruhanjaya tersebut dimansuhkan kerana didakwa tidak memahami cara kerja industri penerbangan.

Kenaikan caj perkhidmatan pengguna juga telah meletakkan suruhanjaya tersebut di bawah tekanan.

Abdullah yang merupakan seorang jeneral bersara Tentera Udara Diraja Malaysia telah berkhidmat selama lebih dua tahun bersama Mavcom.

Sepanjang tempoh tersebut, suruhanjaya berkenaan menerima 3,900 aduan awam dan berjaya menyelesaikan sehingga 93 peratus aduan tersebut dalam tempoh 30 hari.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pernah mendedahkan gaji Abdullah adalah sebanyak RM85,000 sebulan yang mana empat kali ganda lebih besar dari gaji Perdana Menteri.

Katanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberi arahan supaya gaji tersebut disemak semula selepas mendapati gaji bulanan dan elaun yang diterima Abdullah pada 2016 adalah sebanyak RM78,300.

Menurut Loke, terdapat tiga peratus kenaikan pada 2017 dan lima peratus kenaikan lagi pada 2018 menjadikan gaji semasanya adalah RM85,000 sebulan.- Bernama

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast