Pasukan futsal Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul selaku juara pada Kejohanan Futsal TNB-MEDIA Sempena Piala Dunia Fifa 2018 di Padang Futsal TNB, Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 07 JULAI 2018.
Pasukan futsal Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul selaku juara pada Kejohanan Futsal TNB-MEDIA Sempena Piala Dunia Fifa 2018 di Padang Futsal TNB, Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 07 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul juara Kejohanan Futsal TNB-Media di gelanggang futsal TNB di Jalan Bangsar, di sini hari ini.

Bertindak sebagai penganjur dan tuan rumah, TNB menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri menewaskan Astro Arena dengan keputusan 3-2.

TNB yang mewakili Perancis menjulang trofi, pingat serta hadiah wang tunai RM2,000 manakala Astro mewakili Brazil membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 serta pingat.

Sementara itu, tempat ketiga dan keempat menjadi milik NST dan Persatuan Jurufoto Media Malaysia.

Sejumlah 16 pasukan daripada organisasi media menyertai kejohanan tajaan TNB sempena Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia ketika ini.

Antara pasukan lain yang mengambil bahagian ialah Berita Harian, Sinar Harian, BERNAMA, Utusan Malaysia, The Sun, Astro Awani dan media dalam talian.

Edisi tahun ini sempena Piala Dunia 2018 itu menyaksikan semua pasukan mewakili negara yang layak ke kejohanan paling berprestij empat tahun sekali itu.

MalaysiaGazette yang turut beraksi tampil membuat kejutan apabila muncul sebagai naib juara kumpulan B.

WhatsApp Image 2018-07-07 at 10.50.45 (1)

Mewakili Poland, MalaysiaGazette terkandas di suku akhir kepada finalis, Astro Arena menerusi sepakan penalti 2-1 selepas terikat 0-0.

Kejohanan Futsal TNB-Media itu dirasmikan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd Amin merangkap Yang Di-Pertua, Kelab Kilat Kuala Lumpur dan Ketua (Newsroom) TNB, Mohd. ‘Arshi Mat Daud. – MalaysiaGazette