Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saqqid Syed Abdul Rahman wajar meminta maaf kepada rakyat dan menjelaskan keadaan sebenar berkenaan ‘pegawai khas’ beliau, Numan Afifi.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, tindakannya menafikan perkara itu boleh menimbulkan prasangka buruk masyarakat kepadanya.

“Pada pendapat peribadi saya, adalah lebih baik (Syed Saddiq) buat permohonan maaf dan menjelaskan situasi sebenar berkenaan Numan Afifi.

“Jangan sampai rakyat labelkan kau kaki bohong,” tegasnya melalui status Twitter beliau hari ini.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar, menafikan dakwaan beliau melantik seorang pejuang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk memegang jawatan di kementerian itu.

Dalam kenyataan terbaharunya, beliau mendakwa sehingga kini belum ada seorang pun pegawai dilantik secara rasmi di Kementerian Belia dan Sukan, termasuk Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar dan Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Menurut Papagomo, menteri itu wajar berbuat demikian ketika peluang untuk memperbetulkan kesilapan masih ada, dan tidak membiarkan isu itu melarat.

Sementara itu, Numan dalam kenyataannya kepada media hari ini, melepaskan jawatannya sebagai pegawai akhbar kepada Syed Saddiq selepas dikritik dan dikaitkan oleh pembangkang menyokong gerakan tidak bermoral tertentu.

Kata Numan, beliau akan menyerahkan tugas mengurus akhbar dan media kepada Setiausaha Akhbar baharu yang akan dilantik secara rasmi dalam masa terdekat.

“Kecaman dan ancaman hebat oleh ejen propaganda pembangkang menyebabkan mustahil untuk saya menjalankan amanah yang diberi. Justeru, saya mengambil keputusan tidak bertugas secara rasmi di kementerian,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast