PUTRAJAYA, 9 Julai -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan pada perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama warga JPM di Perdana Putra, pagi ini diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Hanipa Maidin disahkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Pihak pengurusan Hospital Putrajaya dalam kenyataan malam ini berkata beliau masih di bawah pemerhatian hospital selama 24 jam dan dijangka akan dibenarkan keluar esok.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam hospital berkenaan di talian 03-8312 4371.

Pagi tadi, Mohamed Hanipa pengsan pada perjumpaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

Beliau yang berdiri paling kanan dalam barisan menteri dan timbalan menteri JPM, tiba-tiba jatuh dari pentas.-BERNAMA