Datuk Razlan Rafii menunggu ketibaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan Tabung Solidariti Datuk Seri Najib.di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Datuk Razlan Rafii menunggu ketibaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan Tabung Solidariti Datuk Seri Najib.di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Rakyat dari Singapura, Brunei dan Indonesia turut bersama masyarakat negara ini menyumbang untuk Tabung Solidariti Datuk Seri Najib.

Menurut Ketua Sekretariatnya, Datuk Razlan Rafii, sejak tabung itu dibuka, beliau menerima pelbagai khidmat pesanan ringkas (SMS), Whatsapp dan panggilan dari pelbagai lapisan masyarakat di tiga negara berkenaan, termasuk Malaysia.

“Penyumbang bukan sahaja di kalangan ahli UMNO, malah ianya datang dari pelbagai lapisan rakyat, malah ada warga dari Singapura, Brunei dan Indonesia juga turut menghulurkan sumbangan.

“Ada yang bertanya kesahihan tabungan ini, ada yang menangis setelah menyumbang dan ada yang berdoa agar segala permasalahan yang timbul dapat diatasi oleh bekas Perdana Menteri kita,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Beliau turut memberitahu, jumlah tabungan terkumpul sehingga jam 9.30 pagi ini ialah RM489,166.

Razlan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata, majoriti rakyat yang berada di luar Lembah Klang menyatakan sokongan mereka dari jauh kepada Najib dan ada penyumbang menyatakan ini masa untuk balas budi baiknya.

Katanya, kebanyakan yang berterima kasih ialah mereka yang menerima bantuan daripada Najib seperti rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai bantuan lain.

“Datuk Seri Najib dah banyak bantu kita, kita kena bantu dia,” katanya yang memetik antara ucapan terima kasih penyumbang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast