Tidak salah untuk berkawan di Taiwan, dan tidak sangka orang Malaysia begitu beremosi dengan persahabatan antara Celia Chang dengan Mohd. Nazifuddin Najib.
Tidak salah untuk berkawan di Taiwan, dan tidak sangka orang Malaysia begitu beremosi dengan persahabatan antara Celia Chang dengan Mohd. Nazifuddin Najib.

KUALA LUMPUR – Tidak salah untuk berkawan di Taiwan, dan tidak sangka orang Malaysia begitu beremosi dengan persahabatan antara Celia Chang dengan Mohd. Nazifuddin Najib.

Begitulah reaksi Sam, ejen kepada pelakon Taiwan yang tiba-tiba menjadi popular kerana menghadiri makan malam dan dikatakan bermesra-mesra dengan Mohd. Nazifuddin.

Sam berkata, beliau amat terkejut apabila “insiden dating” antara Celia dan Mohd. Nazifuddin tiba-tiba mencetuskan kontroversi

Katanya, perkara yang sepatutnya “biasa” itu menjadi “luar biasa” kerana berlaku pada masa yang dianggap sensitif kerana Mohd. Nazifuddin bertemu dengan Celia sehari selepas ayahnya, Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapkan ke mahkamah di Malaysia.

“Pihak syarikat ejen akan memberi kenyataan kepada peminat Celia melalui laman Facebook untuk membalas kritikan dan teguran yang diterima,” katanya kepada China Press.

Berhubung laporan media Taiwan bahawa Mohd Nazifuddin telah “merisik” Celia selama setahun, Sam menegaskan bahawa Celia berstatus bujang pada masa ini, tetapi tidak menafikan kedua-duanya sedang “berkawan” .

“Mereka telah berkenalan selama dua tahun, saya sebagai ejen tidak dapat mewakili Celia untuk menjelaskan hubungan peribadinya,” kata Sam.

Menurut laporan Apple Daily Taiwan, Mohd. Nazifuddin menjamu selera dengan Celia dalam satu restoran stik selama tiga jam sambil meminum wain.

Mereka seterusnya bertandang ke sebuah rumah urut sebelum berlepak di sebuah pub. Pasangan itu kemudian menuju ke Hotel Grand Hyatt Taipei pada pukul 1 pagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. lambang malaysia bolih. mungkin pas kata tak ape buat kat luar negara . islam kat malaysia tak masuk campur ugama negara lain .

Comments are closed.