Yeo Bee Yin pada mulanya menganggap nama kementeriannya yang panjang secara luar biasa hanyalah indah khabar daripada nama.
Yeo Bee Yin

PUTRAJAYA – Yeo Bee Yin pada mulanya menganggap nama kementeriannya yang panjang secara luar biasa hanyalah indah khabar daripada nama.

Namun Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar itu tidak mengambil masa terlalu lama untuk mengetahui tanggungjawab beratnya dalam meneraju kementerian bernama panjang itu.

Bee Yin berkata, terdapat ramai pakar dalam kementeriannya atau di kementerian lain sehingga beliau perlu “memburu” dan mengenal pasti setiap daripada mereka.

Menurutnya, “pemburuan” itu meliputi usaha untuk menjejak pakar yang melaksanakan tugas yang tiada kaitan secara langsung dengan kepakaran mereka.

“Ramai orang termasuk media sendiri menganggap Kementerian ini tidak memainkan peranan besar sehingga saya sendiri juga berpendapat bahawa tugas yang ada tidaklah berat sangat.

” Saya bagaimanapun menyedari keadaan sebaliknya selepas seminggu bertugas di kementerian ini,” katanya dalam wawancara bersama China Press.

Beliau berkata, sesetengah hasil laporan dan hasil penemuan teknologi telah diabaikan oleh pentadbiran terdahulu.

Yeo justeru berkata, sesetengah laporan dan hasil penemuan harus dikomersialkan sementara penghasilan laporan kajian akan terus digalakkan.

“Selepas meneliti laporan dan menemui para pegawai, saya mendapati kami tidak kekurangan pakar, malahan mempunyai banyak formula baik,” katanya.

Yeo berharap, pegawainya akan terlatih dalam bidang teknikal supaya laporan yang dihasilkan dapat menyakinkan orang ramai serta mengurangkan kebergantungan kepada perunding luar.

“Saya percaya rancangan reformasi Kementerian yang dirancangkan boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun,” katanya. – MalaysiaGazette