Asri Hamidon

KUALA LUMPUR – Datuk Asri Hamidon dilantik sebagai Pengerusi Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) adalah pemilik tunggal SSER turut mengumumkan mengumumkan barisan jawatankuasa eksekutif (Exco).

SSER melaksanakan projek Saluran Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Gas Trans-Sabah.

Asri baru-baru ini sebelum ini dilantik Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), juga adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Barisan Exco SSER yang lain ialah Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman (bekas Ketua Pengarah Eksekutif Agrobank), Hooi Kok Mun (Rakan Kongsi Kanan Grant Thornton Malaysia) dan Faisal@Pisal bin Abdul Ghani (dari Kementerian Kewangan).

Bermula 25 Jun lalu, Grand Thornton Malaysia akan menguruskan operasi harian SSER dan ini akan diketuai oleh Kishan Jasani, rakan kongsi Grand Thornton Malaysia. – MalaysiaGazette