Peti besi keselamatan,menggunakan sistem kunci imbasan ibu jari semakin menjadi pilihan orang ramai.
Peti besi keselamatan menggunakan sistem kunci imbasan ibu jari semakin menjadi pilihan orang ramai.

KUALA LUMPUR – Ramai yang bertanggapan salah bahawa mereka tidak memerlukan peti besi keselamatan di rumah atau premis perniagaan memandangkan berada di lokasi yang selamat.

Ada juga segelintir pihak yang memandang remeh isu ini kerana memikirkan mereka tidak mempunyai barang berharga yang banyak untuk dilindungi.

Realitinya, setiap rumah atau pejabat perlu memilki sebuah peti besi keselamatan sebagai suatu langkah berjaga-jaga. Ini kerana alat itu boleh disifatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi menyukarkan cubaan merompak.

Selain kedudukan peti besi yang agak tersembunyi, setiap unit peti besi mempunyai sistem kunci yang unik agar pemilik rumah atau perniagaan tidak lagi dibelenggu rasa bimbang di atas risiko kehilangan harta benda masing-masing.

Seiring peredaran waktu, peti besi keselamatan kini berdepan perkembangan teknologi untuk diinovasikan menjadi produk yang lebih canggih.

Pengarah Urusan, Ritz Boxs global, Raja Izzuwin Raja Izzuddin Iskandar.
Pengarah Urusan, Ritz Boxs Global, Raja Izzuwin Raja Izzuddin Iskandar.

Menerusi Ritz Boxs Global, syarikat pembekal peti besi keselamatan, sistem kunci produk itu kini dipertingkatkan menggunakan imbasan ibu jari.

Pengarah Urusannya, Raja Izzuwin Raja Izzuddin Iskandar Shah berkata, peti besi yang diimport dari Korea Selatan itu menjadi semakin popular apabila lebih 30 unit berjaya dalam tempoh sebulan berada di pasaran sejak Jun lalu.

Beliau berkata, pihaknya kini mendapat banyak tempahan berdasarkan faktor sistem kunci imbasan jari yang turut menggunakan sistem kuci digital.

Jelasnya beliau, ketika ini pihaknya membekalkan tujuh saiz peti besi mengikut pilihan dan citarasa pembeli.

“Apa yang mengejutkan, kebanyakan pembeli kami dalam tempoh sebulan ini adalah kaum wanita apabila menggunakan peti besi keselamatan untuk menyimpan barang kemas dan berharga.

“Mereka memilih saiz yang kecil kerana mudah di bawa sekiranya memiliki tugasan di luar,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

E32E2584
Peti besi keselamatan keluaran Ritz Boxs Global diimport dari Korea Selatan.

Ritz Boxs Global membekalkan peti besi yang dijenamakan semula bermula berat 2.5 kilogram (kg) sehingga 50 kg dengan harga serendah RM1,580 hingga RM2,800.

Raja Izzuwin menambah, pihaknya menyasarkan jualan 50 unit peti besi setiap bulan sehingga akhir tahun ini.

Jelas beliau, pihaknya yakin mencapai sasaran itu berikutan faktor unik sistem kunci imbasan cap jari selain perancangan pemasaran di atas talian secara agresif bermula bulan ini.

“Produk ini lain daripada lain dan sasaran kami adalah golongan korporat yang gemar menyimpan wang tunai dan barangan berharga di rumah dan membawa ke sana sini menggunakan peti besi.

“Apatah pasaran yang masih baharu dan meluas, kami yakin peti besi ini menjadi pilihan rakyat pada masa akan datang apabila memiliki kesedaran untuk membelinya.

“Malah kami menawarkan jaminan setahun selain harga yang murah dan berpatutan berbanding pesaing lain yang berharga RM2,000 ke atas.

“Selain itu, keunikan peti besi ini adalah ia boleh dihubungkan dengan sistem penggera bunyi keselamatan yang memboleh pemilik rumah dan premis mendapat manfaat dua kali ganda,” katanya.

Raja Izzuwin memberitahu, pihaknya turut merancang membawa masuk peti besi keselamatan yang menggunakan sistem kunci menggunakan wajah dan suara pada tahun depan.

Sementara itu, mereka yang berminat membeli atau mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi talian 019-8246714 atau layari Instagram: Ritzboxsglobal. – MalaysiaGazette