Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun

KUALA LUMPUR – Pelantikan Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum adalah atas kuasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Khairul Azwan Harun.

Justeru, katanya, rakyat Malaysia tidak boleh mempertikaikan pelantikan itu kerana Perdana Menteri tahu apa yang beliau lakukan untuk negara.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Richard, beliau menjelaskan, kepada yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu, jangan memberi sebarang komen.

“Ini (pelantikan) hak Perdana Menteri untuk cadang siapa yang dia suka. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan perkenan setelah mengikut pilihan Dr Mahathir,” katanya mengulas pelantikan Richard sebagai Ketua Hakim Negara berkuatkuasa serta merta.

Menurut Khairul Azwan, beliau mahu rakyat memberi peluang kepada Richard melakukan kerjanya dan jika tidak menyukainya, mereka boleh menukar kerajaan pada Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kalau tak suka, nanti PRU 15 boleh tukar kerajaan lain pula untuk kerajaan baharu itu tukar Ketua Hakim Negara,” katanya dengan sinis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast