SICHUAN – Sebuah kilang kimia meletup di barat daya Sichuan mengorbankan 19 orang dan mencederakan 12 orang lagi.

Setakat ini belum dipastikan punca letupan kilang Yibin Hengda Technology, yang terletak di kawasan industri tidak jauh dari Chengdu.

Media sosial yang berkongsi situasi kebakaran itu menunjukkan api sedang marak dan kawasan berkenaan diselubungi dengan asap.

China telah memulakan langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan di kawasan perindustrian dengan menggiatkan pemeriksaan sepanjang tahun lepas, berikutan beberapa insiden berprofil tinggi di lombong arang batu dan loji kimia.

Pada tahun 2015, letupan di sebuah gudang kimia di bandar pelabuhan utara Tianjin membunuh 165 orang.

Tahun lepas letupan berlaku di kilang petrokimia di timur wilayah Shandong membunuh lapan orang dan sembilan orang cedera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast