Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) bersama gabungan 300 NGO Islam Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyifatkan kenyataan  Dr. Maszlee Malik mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai angkuh dan sombong.

Mereka turut menyifatkan Menteri Pendidikan itu ‘terikat’ dengan dengan telunjuk dan desakan keputusan daripada pihak tertentu dalam Pakatan Harapan (PH).

Menurut Ketua Eksekutif MAPPIM, Mohd. Zai Mustafa, kenyataan tegar Maszlee mempertahankan UEC dilihat sebagai menjawab bantahan dan desakan pelbagai pihak NGO agar Kementerian Pendidikan tidak mengiktiraf sijil peperiksaan itu.

“MAPPIM dan Ummah serta pelbagai gabungan NGO akan terus mendesak, membantah dan bersedia untuk mengerakkan himpunan bantahan rakyat secara besar-besaran di Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

“Kami juga bersedia bersama pasukan peguam untuk mengambil tidakan bagi mengkaji serta menghalang secara undang-undang sekiranya pelaksanaan UEC diteruskan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Mohd Zai Mustafa
Mohd Zai Mustafa

Mohd Zai juga mengingatkan Maszlee agar semua keputusan yang akan dilaksanakan mesti secara berhemah dan lebih berhati-hati dengan mengambilkira peruntukan Perlembagaan dan akta berkaitan dengan pendidikan, bahasa kebangsaan serta sensitiviti majoriti rakyat di negara ini.

“Kami mengulangi pendirn bahawa pelaksanaan UEC akan membawa kemudaratan kepada sistem pendidikan di negara ini serta akan menghancurkan perpaduan kaum yang selama ini telah dihormati,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast