KUALA LUMPUR, 31 Ogos -- Selebriti terkenal, Aaron Aziz menunjukkan produk terbaru "Maggi Big Kari" sempena pelancaran produk tersebut di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Aaron Aziz teruja apabila penampilan sulungnya dalam filem Tamil, Tik Tik Tik mendapat sambutan hangat masyarakat India, bukan sahaja di dalam negara, bahkan juga di luar negara.

Pertama kali muncul dalam filem Kollywood dengan melakonkan watak sampingan di sisi pelakon utama Jayam Ravi, beliau menyifatkan sambutan hangat masyarakat India terhadap lakonannya dalam filem itu ‘seperti menang pilihan raya’.

“Saya terima banyak mesej daripada peminat yang memuji lakonan saya walaupun hanya memegang watak sampingan dalam filem itu,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Bernama di kediamannya di sini.

Aaron, 42, berkata ini kali pertama beliau mendapat sokongan yang begitu hangat daripada peminat bukan Melayu sejak berkecimpung dalam dunia seni dua dekad lepas.

Beliau melakonkan watak jahat dalam filem sains fiksyen ?Tik Tik Tik’, bermaksud bunyi jam, yang berkisar tentang penjelajahan kapal angkasa pertama India. Dialognya diungkapkan dalam bahasa Inggeris.-BERNAMA