Bekas pegawai khas Datin Seri Rosmah Mansor tiba selepas tempoh reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 JULAI 2018.
Lelaki yang bergelar Datuk tiba selepas tempoh reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 JULAI 2018.

PUTRAJAYA- Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak telah dibebaskan hari ini.

Pembebasan lelaki bergelar Datuk itu dibuat selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak memohon lanjutan reman.

Majistret Chyfica Mohamed Zamri membenarkan lelaki yang bergelar Datuk itu diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin.

Dia yang ditahan pada Isnin dan reman sejak Selasa lalu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – MalaysiaGazette