Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR – Pelantikn Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai ahli Majli Tertinggi (MT) UMNO walaupun ditolak oleh bekas Peguam Negara itu mendapat perhatian Khairy Jamaluddin.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu lantang mempertikaikan pelantikan tersebut yang disifatkannya sebagai memalukan dan mengecewakan.

“Pelantikan awal mengecewakan. Yang ini (pelantikan Mohamed Apandi) memalukan.

“Kita perlu menjadi pembangkang yang mempunyai kredibiliti,” katanya laman Twitter malam semalam.

Tweet KJSemalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mohamed Apandi sebagai salah seorang daripada 11 ahli yang dilantik menyertai 25 anggota Majlis Tertinggi parti itu.

Mohamed Apandi turut menolak pelantikan tersebut kerana bimbang pelantikannya akan menimbulkan persepsi negatif terhadap keputusan yang dibuatnya semasa menjawat jawatan Peguam Negara.

Sebelum ini, Khairy menolak tawaran menjadi Setiausaha Agung parti itu dengan memberi alasan ingin menumpukan tugas sebagai Ahli Parlimen dan bebas bersuara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast