Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Takdbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan, Tan Sri Ambrin Buang (tengah) bercakap pada sidang media khas bagi menyiasat isu takbir urus, penyelewengan perolehan dan kewangan kerajaan secara menyeluruh di Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 16 JULAI 2018
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Takdbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan, Tan Sri Ambrin Buang (tengah) bercakap pada sidang media khas bagi menyiasat isu takbir urus, penyelewengan perolehan dan kewangan kerajaan secara menyeluruh di Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 16 JULAI 2018

PUTRAJAYA – Lima lagi ahli Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan kewangan kerajaan diumumkan hari ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Ambrin Buang, kelima-lima mereka terdiri daripada individu yang pakar dalam bidang pengurusan dan juga audit.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei 2018 telah bersetuju supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat isu tabdir urus penyelewangan perolehan dan kewangan kerajaan secara menyeluruh di pelbagai kementerian,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan hari ini.

Antaranya bekas Presiden Malaysian Institute of Accountant (MIA), Tan Sri Dr Abdul Samad Alias; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar & Wilayah, Datuk Dr. Mohd Tap Salleh; Ketua Pengarah, Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff; bekas Pengarah Audit, Jabatan Audit Negara, Datin Paduka Ong Swee Leng dan Peguam Bela dan Peguam Cara, Dr. Zulqarnain Lukman.

Terdahulu Ambrin berkata, jawatankuasa itu telah memulakan tugas menyiasat beberapa kes melibatkan Kementerian Pertahanan yang diputuskan dalam mesyuarat pertamanya hari ini.

Katanya lagi, jawatankuasa yanag sama akan berpusat di Kementerian Kewangan kerana data-data mengenai segala aktiviti perolehan kerajaan terdapat di kementerian yang sama.

“Ahli jawatankuasa akan bertemu bila perlu sahaja. Kementerian Kewangan akan jadi urusetia sebab bertanggungjawab dalam dasar perolehan kerajaan, jadi wajar urusetia ini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan sebab data dan fail semua ada disini,” kata Ambrin. -MalaysiaGazette