Fauzi, hotel
Gambar dari akaun Instagram

KUALA LUMPUR – Fauzi Nawawi, bukan nama asing dalam bidang lakonan.

Suami Lisdawati itu nampaknya kini bukan sahaja mahu kekal dalam industri tersebut namun dalam masa yang sama sedang menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.

Fauzi berkata, beliau kini sedang sibuk menguruskan projek terbaharu iaitu penginapan konsep butik yang dikenali sebagai Bunker Hotel & Restoran di ibu kota.

“Idea tercetus sejak melihat ramai kenalan artis dan ikon-ikon perniagaan yang dah berjaya dalam bidang lain selain berlakon,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau juga mengakui hotel berkonsep butik itu menelan belanja yang besar namun beliau berhasil membukanya tanpa sebarang pinjaman bank.

“Kos menelan belanja hampir mencecah RM8 juta dan hotel ini bukanlah saya seorang sahaja yang menggerakkannya tetapi ada dua lagi rakan lain,” katanya.

Hotel yang kini sudah 90 peratus siap itu diharap Fauzi akan berhasil.

“Akhir kata, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik dalam cabang baharu. Semoga perniagaan saya ini kekal.-MalaysiaGazette