TOKYO – Harga minyak Brent naik daripada paras terendah tiga bulan selepas pekerja-pekerja minyak melancarkan tunjuk perasaan di Norway.

Manakala niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate menokok sebanyak AS$0.03 kepada AS$68.09 selepas susut 4.2 peratus pada hari Isnin.

Beratus-ratus pekerja minyak di Norway mengadakan tunjuk perasaan ekoran tidak puas hati dengan gaji dan pencen.

Tunjuk perasan itu bermula sejak Selasa lalu, hanya memberi impak terhada dalam pengeluaran minyak Norway setakat ini.

Bagaimanapun, beberapa syarikat penggerudi memberi amaran pembatalan kontrak mungkin berlaku sekiranya tunjuk perasaan itu berlarutan.

“Ancaman gangguan bekalan berterusan masih belum sepenuhnya,” kata ANZ dalam nota penyelidikannya.

ANZ juga berkata, bahawa “pengeluaran dari Libya kekal terdedah kepada penurunan, walaupun pelabuhan sudah dibuka semula”.

Ketika pelabuhan Libya dibuka semula, pengeluaran di medan ladang minyak Sharara jatuh sekurang-kurangnya 160,000 tong sehari selepas dua pekerja diculik oleh kumpulan tidak diketahui, kata National Oil Corporation pada hari Sabtu.

Pada 11 Julai, NOC berkata, empat terminal eksport dibuka semula selepas puak-puak timur menyerahkan pelabuhan, sementara penutupan yang panjang di medan minyak El Feel di barat daya juga berakhir.

Dua hari kemudian, pengeluaran minyak di Shara dikurangkan sebanyak 300,000 tong sehari.

Keluaran minyak Amerika Syarikat pula dijangka meningkat sebanyak 143,000 tong sehari kepada rekod 7.47 juta tong pada bulan Ogos, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat dalam laporan bulanan pada hari Isnin. – MalaysiaGazette