“Sila Duduk dan Jangan Lari” – Yang di-Pertuan Agong

Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen di Dewan Rakyat bermula selepas keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Yusof, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, kemudian diiringi ke Bilik Diraja di Bangunan Parlimen untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah diraja.