MIT

KUALA LUMPUR- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menubuhkan sebuah petugas khas pada bulan ini bagi memantau dan membuat pernilaian terhadap perkembangan konflik perdagangan di antara Amerika Syarikat- China.

Petugas khas itu juga akan memformulasi strategi di dalam mengurangkan impak protectisme dan menjadi titik fokus kepada pemegang taruh untuk menyatakan pandangan, komen dan maklum balas masing-masing.

Dengan itu, syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia digalakkan untuk berhubung dengan petugas khas tersebut melalui emel [email protected]. bagi menyatakan pandangan mereka terhadap sebarang cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh berlakunya konflik dagangan.

“Negara-negara sepatutnya menghentikan protectionisme dan sebaliknya mencari jalan penyelesaian melalui rundingan termasuk dialog pelbagai hala seperti Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO).

“Ini bagi memastikan dasar-dasar perdagangan adalah efektif di dalam mengukuhkan system perdagangan pelbagai hala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut MITI, kerajaan Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua negara di dalam memastikan protectionisme tidak menjadi dasar pilihan mana-mana negara.

Malaysia juga katanya akan menyuarakan kebimbangan berhubung isu tersebut di peringkat Asean dan APEC.-MalaysiaGazette