Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukakan permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukakan permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Senarai cadangan barang-barang pelepasan cukai
Jualan dan perkhidmatan (SST) yang disyorkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) semalam masih pada peringkat cadangan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, senarai itu masih lagi memerlukan maklum balas daripada orang awam.

“Kita hendak tahu pendapat awam sama ada perlu untuk dimasukkan atau menggugurkan mana-mana barang daripada senarai barangan yang tersenarai untuk dikecualikan SST,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang telah memuatnaik senarai cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan (SST).

Tambah beliau, antara barang-barang yang tersenarai untuk pengecualian adalah ‘big-ticket items’ seperti kapal terbang, kapal mewah, feri penumpang, helikopter, kapal angkasa dan peralatan luncur salji.

“Sungguhpun senarai yang dikeluarkan oleh JKDM hanyalah cadangan, namun Kementerian Kewangan berpandangan adalah perlu bahawa barangan mahal yang juga mewah yakni ‘big-ticket items’ haruslah dimasukkan,” ujar beliau.

Jelasnya, sebagai Kerajaan Persekutuan yang berkomited untuk bercakap benar berdasarkan fakta dan angka, beliau bersedia menyatakan bahawa GST mungkin lebih telus dan efisyen berbanding SST.

“Ini adalah kerana GST berjaya dikenakan ke atas lebih ramai pembayar cukai, termasuk orang biasa sehingga GST berjaya mengutip cukai sebanyak RM44 bilion berbanding dengan RM21 bilion yang dikutip oleh SST.

“Maka lebihan RM23 bilion daripada GST ini membebankan rakyat sehingga kos sara hidup mereka terjejas.

“GST lebih efisyen dan telus apabila ia dikenakan ke atas 60 peratus daripada Bakul Barangan CPI berbanding dengan hanya 38 peratus daripada Bakul Barangan CPI oleh SST.

“Dengan penggantian GST kepada SST, maka RM23 bilion yang dikutip daripada GST akan dikembalikan kepada rakyat,” tegas beliau. – MalaysiaGazette