Dr Nungsari Ahmad Radhi
Dr Nungsari Ahmad Radhi

PUTRAJAYA – Anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Dr Nungsari Ahmad Radhi dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif suruhanjaya itu berkuatkuasa hari ini, menggantikan Tan Sri Jen (B) Abdullah Ahmad yang meletak jawatan baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumkan pelantikan itu turut menyatakan elaun baharu pengerusi eksekutif Mavcom itu adalah sebanyak RM15,000 sebulan, seiring dengan dasar ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, jumlah elaun itu adalah sama seperti yang diberikan kepada Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Kita sama ratakan (elaun pengerusi) dua badan ini yang kedua-duanya berhubung kait dengan penerbangan awam. Ini satu dasar baharu kita streamline elaun pengerusi-pengerusi badan berkanun,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Jumlah elaun pengerusi eksekutif Mavcom menjadi isu sebelum ini apabila Loke mendedahkan Abdullah menerima sebanyak RM85,000 sebulan. – MalaysiaGazette