Instagram Cristiano Ronaldo.
Instagram Cristiano Ronaldo.

ATHEN – Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo membuat kejutan kepada kakitangan hotel ketika dia bersama keluarganya bercuti di sini.

Semuanya gara-gara pemain baharu Juventus itu berpuas hati dengan perkhidmatan dan suasana hotel tersebut.

Tanpa berkira, Ronaldo yang terkenal dengan sikap pemurah meninggalkan tip lumayan sebanyak £17,850 (RM94,348).

Bekas pemain Real Madrid itu bercuti bersama keluarga dan beberapa orang kawannya di Mediterranean selepas Portugal tersingkir daripada saingan Piala Dunia baru-baru ini.

Dia memuat naik gambarnya bersama teman wanita Georgina Rodriguez, anaknya dan kawan-kawan.

Ronaldo menghabiskan masa rehatnya sebelum diperkenalkan sebagai pemain baharu Juventus minggu lalu.

Sebelum meninggalkan hotel itu, Ronaldo turut meninggalkan nota ucapan terima kasih dan wang upah untuk dikongsi dengan semua pekerja hotel itu. – MalaysiaGazette