Presiden China Xi Jinping bersama Presiden Senegal, Macky Sall.
Presiden China Xi Jinping bersama Presiden Senegal, Macky Sall.

DAKAR- Presiden China Xi Jinping berikrar untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dengan Afrika, benua yang sudah lama menerima pinjaman murah dari negara tersebut dengan pertukaran kepada mineral serta projek pembinaan mega.

Xi yang tiba di Senegal pada Sabtu bagi lawatan dua hari, negara pertama yang disinggahinya dalam siri lawatan ke Afrika sebelum ke Rwanda serta menghadiri Sidang Kemuncak negara-negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) di Afrika Selatan.

China kini mempunyai lebih banyak hubungan dengan Afrika berbanding negara-negara lain di saat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump langsung tidak menunjukkan minat terhadap benua berkenaan.

Ini merupakan lawatan pertama Xi selaku Presiden China bagaimanapun beliau telahpun melawat negara-negara Afrika sebanyak tiga kali sebelum ini, katanya semasa sidang media dengan Presiden Senegal, Macky Sall selepas mengadakan mesyuarat kali ketiga.

Afrika ketika ini sedang mengalami kemuncak projek-projek parasarana yang diurus dan dibiayai oleh China.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif “Belt and Road” yang diilhamkan oleh Xi untuk membina satu rangkaian pengangkutan yang menghubungkan China melalui jalan darat dan laut ke Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Timur, Eropah dan Afrika.-Malaysiagazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast