Penyerang sensasi Paris Saint Germain, Neymar.
Penyerang sensasi Paris Saint Germain, Neymar.

LONDON – Penyerang sensasi Brazil, Neymar tampil menjawab mengenai status masa depannya apabila mengesahkan akan kekal di Paris Saint Germain (PSG) bagi musim 2018/19.

Bekas pemain Barcelona itu sebelum ini dikaitkan akan berpindah ke Real Madrid berikutan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus.

“Saya masih kekal kerana mempunyai kontrak di Paris serta mahu berjaya dengan kelab ini.

“Mengenai spekulasi, saya fikir semua media telah silap. Saya masih ada kontrak dan mereka tidak tahu objektif dan kenapa saya datang ke sini,” ujarnya memetik laporan SkySports.

Pengesahan Neymar itu membolehkan Real Madrid mendapatkan Eden hazard dan Thibaut Courtois dengan bajet 200 juta euro. – MalaysiaGazette