Iran digegarkan dengan gempa bumi 5.8 magnitud hari ini. foto Agensi

DUBAI – Sekurang-kurangnya 25 orang cedera apabila gempa bumi 5.8 magnitud menggegarkan tenggara Iran hari ini.

Ia berlaku selepas sehari berlaku gempa bumi yang mencederakan hampir 290 orang di bahagian barat Iran.

“Sehingga ini, 25 orang dilaporkan cedera ketika menyelamatkan diri, menurut agensi berita Tasnim.

Pasukan penyelamat telah dihantar ke 40 buah kampung yang terjejas.

Kajian Geologi Amerika Syarikat menetapkan magnitud gempa pada 5.5, dengan titik pusat sejauh 37 kilometer di timur bandar Kerman.

Ia sangat cetek, pada kedalaman hanya 6.2 kilometer (10 km), sekaligus menyebabkan kesannya begitu kuat.

Gempa bumi itu adalah yang keempat di Iran dalam sama dua hari.

Semalam, gempa bumi dengan 5.9 magnitud melanda Iran barat, mencederakan sekurang-kurangnya 287 orang, beberapa jam selepas dua gempa melanda wilayah Hormozgan di selatan, menurut agensi berita IRNA

Sebelum itu, dua gempa bumi dengan kekuatan 4.7 dan 5.7 telah menjejaskan beberapa bangunan dan menyebabkan kerosakan di beberapa perkampungan. – MalaysiaGazette