Tan Sri Dzulkifli Ahmad
Dzulkifli Ahmad bercakap pada sidang media khas di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 22 FEBRUARI 2018

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad tiada dalam senarai pasukan peguam untuk parti itu dalam kes tuntutan pembekuan akaunnya.

“Tidak (lantik Tan Sri Dzulkifli Ahmad),” katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

MGF27072018_MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO_06
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di  Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 JULAI 2018.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media mengenai desas desus bahawa Dzulkifli menjadi salah seorang peguam bagi parti tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Dzulkifli menjadi peguam di Scivetti & Associates bagi mendapatkan semula RM116.7 juta iaitu wang yang dirampas polis kerana berkaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun ia dinafikan Dzulkifli dan menjelaskan pembabitan beliau semula dalam bidang guaman bukan bukan untuk membantu menyelesaikan kes tuntutan yang melibatkan UMNO.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata, akaun parti itu masih dibekukan dan telah melantik firma guaman bagi tujuan itu.

“Ya masih beku, UMNO perlu akan duit itu. Kita telah melantik firma guaman untuk failkan tuntutan kita,” katanya lagi. -MalaysiaGazette