Pesawat milik tentera Vietnam yang terhempas. foto Agensi

HANOI – Sebuah jet pejuang tentera terhempas di utara Vietnam, mengorbankan dua orang penumpang.

Kemalangan itu berlaku di kawasan berbukit di Nghia Dan pada tengah hari semalam.

Nghia Dan terletak di wilayah Nghe An, kira-kira 300 kilometer di selatan Hanoi.

Nahas itu berlaku sejuru selepas pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Sao Vang, dekat Thanh Hoa, menurut akhbar VietnamNet.

Punca kemalangan masih disiasat. – MalaysiaGazette