Alvaro Morata
Nilai mahal Chelsea ke atas Morata menghalang pemain itu ke AC Milan

LONDON – Chelsea akhirnya menetapkan harga tuntutan untuk penyerangnya, Alvaro Morata setelah AC Milan meningkatkan usaha mendapatkan pemain tersebut.

Morata menyertai the Blues dengan nilai 60 juta pound musim lalu tetap berhasrat untuk meninggalkan Stamford Bridge kali ini.

Morata difahamkan mengambil keputusan itu selepas kecewa dengan layanan di bawah bekas Pengurus the Blues Antonio Conte musim lalu.

Malah, kehadiran pengurus baharu Maurizio Sarri di Chelsea serba sedikit mengubah pendirian Morata.

Kini laporan terbaharu mendakwa penyerang Sepanyol itu bersedia untuk ke San Siro menjelang kempen 2018-19.

Pengarah sukan baharu AC Milan, Leonardo mengadakan pertemuan dengan wakil Morata Rabu lepas.

“Morata berhasrat untuk berhijrah ke San Siro, saya dapat merasakan hati dia sudah bersama Milan,” katanya.

Hasilnya kem Morata difahamkan sudah memberi isyarat setuju daripada Milan namun nilai yang ditetapkan Chelsea ke atas pemain itu dianggap terlalu mahal.

the Blues menuntut yuran antara 58 juta hingga 62 juta pound yang berisiko menamatkan hasrat Milan ke atas bekas pemain Real Madrid itu.- MalaysiaGazette