James Rodriguez
James Rodriguez didenda sepanyol kerana disabitkan kesalahan mengelak bayar cukai

SEPANYOL – James Rodriguez telah diarahkan untuk menjelaskan 10 juta pound kepada Perbendaharaan Sepanyol.

Hukuman denda itu dijatuhkan selepas pemain berusia 27 tahun itu disabitkan kesalahan mengelak membayar cukai.

Rodriguez merupakan bintang terbaharu disabirkan kesalahan mengelak cukai selepas Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Menurut El Mundo di Sepanyol, pemain yang dipinjamkan ke Bayern Munich mengisytiharkan cukai bagi tahun 2014 apabila menyertai Real Madrid atas status bukan pemastautin tetap Sepanyol.

Agensi Cukai Sepanyol menganggap bahawa bintang antarabangsa Columbia aktif secara ekonomi sejak 2014 dan sepatutnya menjelaskan tambahan 5.6 juta pound untuk cukai.

Wang cukai setem berjumlah 4.36 juta pound didapati belum dijelaskan oleh Rodriguez hasil penjualan hak cipta imej kepada agen portugal Jorge Mendes pada Disember 2014.

Rodriguez tinggal di Sepanyol selama 183 hari dan sumber kewangannya adalah di Sepanyol merupakan dua bukti dia seharusnya didaftarkan sebagai warga Sepanyol.- MalaysiaGazette