Liga Super

KUALA LUMPUR – Skuad Selangor berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menundukkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dengan jaringan 2-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak malam tadi.

Menerusi dua jaringan tersebut skuad Gergasi Merah itu telah berjaya mengumpul 24 mata sekaligus memintas PKNP FC di tangga kelapan liga berkenaan.

Dalam perlawanan malam tadi dua jaringan Selangor itu disempurnakan dua pemain iaitu Muhammad Syahmi dan Amri Yahya.

Kali terakhir Selangor meraih kemenangan dalam aksi Liga Super adalah pada 6 Jun lalu dengan menewaskan PKNS FC 2-1. – MalaysiaGazette