KLANG, 28 Jul -- Menteri Pertahanan merangkap Anggota Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu (belakang, dua, kiri) bersama calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 DUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Mughni (belakang, tiga, kiri) meluangkan masa melihat kanak-kanak bermain permainan video PS4 pada Karnival Anak Muda Andalas di Taman Sri Andalas hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

KLANG – Anggota Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yakin anggota PAS akan mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis 4 Ogos depan.

Katanya, beliau yakin PH yang menampilkan calon dari PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bakal mendapat kemenangan besar di PRK berkenaan walaupun beberapa orang pemimpin PAS ada mengeluarkan kenyataan menggalakkan anggotanya mengundi memilih calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

“Kita punya peluang besar, saya yakin anggota PAS akan mengundi memilih PH kali ini, kerana mereka sedar bahawa kerajaan negeri dan pusat ditadbir Pakatan Harapan, jadi kita akan menang besar,” kata Presiden Parti Amanah Negara itu selepas menyertai Mohd Zawawi di satu program bersama pengundi di sini hari ini.

Sungai Kandis, Sentosa dan Kota Kemuning merupakan tiga kawasan DUN di dalam kawasan Parlimen Kota Raja.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast