Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – UMNO mengumumkan penubuhan lapan majlis dalam usaha mentransformasi parti itu yang kini memiliki Ahli Parlimen terbanyak di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tujuan penubuhan majlis itu bagi memperkuatkan dan memperkasakan semula UMNO sebagai objektif utama serta menjadi parti perjuangan kepada rakyat.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan pembentukan jawatankuasa dalam memantau perjalanan parti untuk tempoh tiga tahun akan datang.

“Pendekatan UMNO bukan lagi kepada politik perkhidmatan sebaliknya akan fokus menjadi parti perjuang kepada rakyat.

“Kalau hendak fokus politik perkhidmatan, mana-mana ahli bolehlah masuk parti bunga jika takut hilang jawatan, kuasa atau job.

“Nanti kalau parti bunga makin lemah, boleh masuk pula PKR. Tapi kita akan terus berjuang walaupun tiada kuasa ketika ini,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan Tengku Razaleigh dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

SENARAI MAJLIS DAN PENGERUSI:

Majlis Hal Ehwal Syiar Islam
– Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid

Majlis Hal Ehwal Hak Asasi dan Kepentingan Melayu/Bumiputera
– Datuk Seri Mohamad Hasan

Majlis Hal Ehwal Kedaulatan Raja-Raja
– Datuk Seri Mahdzir Khalid

Majlis Hal Ehwal Perlembagaan dan Perundangan
– Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Majlis Dasar Awam
– Datuk Seri Khaled Nordin

Majlis Hal Ehwal Bahasa dan Kebudayaan
– Tan Sri Annuar Musa

Majlis Hal Ehwal Komunikasi dan Media
– Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan
– Datuk Seri Johari Ghani

SENARAI JAWATANKUASA DAN PENGERUSI:

Politik
– Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Pengurusan
– Datuk Seri Mohamad Hasan

Perkaderan
– Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Keahlian
– Datuk Seri Mahdzir Khalid

Perlembagaan dan Peraturan
– Datuk Seri Khaled Nordin

Disiplin
– Tan Sri Annuar Musa

Kewangan, Aset dan Pelaburan
– Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Komunikasi dan Media
– Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah – MalaysiaGazette