Kaki bayi empat bulan yang cedera akibat diterkam harimau bintang. foto BBC

NEW DELHI – Bayi empat bulan cedera selepas seekor harimau bintang berjaya meragutnya.

Kejadian itu berlaku semasa bayi berkenaan dalam dukungan ibunya yang membonceng motosikal di laluan yang dikelilingi hutan.

Penduduk perkampungan sekitar yang mendengar deritan bapa bayi malang itu keluar dan mula membuat bising menyebabkan haiwan itu melepaskan bayi tersebut.

Pegawal-pengawal hutan tersebut yang mengetahui kejadian itu telah memanggil ambulans.

Bayi dan ibunya kini dalam keadaan stabil dan semakin pulih.

Aktivis alam sekitar, Mahesh Pandya berkata, insiden itu berlaku kerana manusia telah menganggu ruang yang menjadi habitat haiwan sejak sekian lama.

Akibatnya, berlaku konflik antara manusia dan haiwan, yang mana gajah dan harimau mula memasuki kawasan penempatan manusia.

Terdapat kira-kira 12,000 hingga 14,000 harimau bintang di India dan secara puratanya seekor terbunuh setiap hari.

Tahun lalu, pihak berkuasa hidupan liar mengambil masa 36 jam untuk menangkap seekor harimau bintang yang memasuki kilang kereta.

Pada 2016 pula, seekor harimau bintang memasuki kawasan sekolah di Bangalore dan mencederakan enam orang. – MalaysiaGazette