Allahyarham Mahadzir Lokman. foto Facebook

KUALA LUMPUR – Bekas pengacara TV3, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia pada awal pagi Ini.

Personaliti popular yang berumur 61 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

Pemergian Mahadzir disahkan oleh adik Allahyarham, Ida kepada pihak media.

Beliau memaklumkan, pihak keluarga sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Pada tahun lalu, Mahadzir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kompilasi buah pinggang dan paru-paru.

Mahadzir terkenal sebagai pengacara pada majlis penting dan besar seperti Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kerana kebolehannya bertutur pelbagai bahasa. – MalaysiaGazette