Liverpool
Barisan pemain-pemain pasukan Liverpool

LONDON – Akibat berada dikedudukan yang paling bawah, Liverpool dijangka berdepan ujian sukar pada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Disebabkan itu, pasukan yang pernah menjadi naib juara musim itu mungkin akan diundi bersama juara bertahan, Real Madrid atau Barcelona serta kelab Jerman, Borussia Dortmund dan Inter Milan dari Itali.

Berdasarkan pemerhatian rambang, rata-rata penyokong skuad merah tidak gembira dengan situasi yang dialami pasukan kesayangan mereka itu.

Malah, mereka menganggap Liverpool sepatutnya meraih undian lebih mudah berdasarkan pencapaian musim lalu apabila mereka mara hingga ke final sebelum tumbang 1-3 kepada Real.

Komen penyokong di laman sosial mendapati, kebanyakan penyokong mahu kelab Liga Perdana Inggeris itu berada di balang undian kedua.

Bagaimanapun, ada yang beranggapan tidak kisah dengan perkara itu kerana Liverpool memiliki jentera serangan cukup kuat terdiri daripada Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino. – MalaysiaGazette