Borang pencalonan yang dihantar melalui wakil sebentar tadi turut dicadangkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan di sokong oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Kerani urusetia menerima borang pencalonan pada proses penamaan calon pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2018 di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding jawatan Presiden parti apabila beliau menyerahkan borang pencalonan pada jam 11.15 pagi ini.

Borang pencalonan yang dihantar melalui wakil sebentar tadi turut dicadangkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan di sokong oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Dalam pada itu, pengamal media turut difahamkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang kini sedang sibuk berkempen juga telah menghantar borang pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun, teka teki jawatan apakah yang bakal ditandingi oleh Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih belum terjawab.

Azmin Ali juga dijangka menghantar borang pencalonanya melalui wakil memandangkan ketika ini beliau berada di Singapura atas urusan rasmi. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast