ATHENS –
Jawatan tertinggi itu diterajui oleh timbalan masing-masing.
Pelantikan itu dibuat selepas peletakan jawatan Menteri Perlindungan susulan kritikan rakyat yang tidak berpuas hati terhadap kerajaan dalam menangani kebakaran besar-besaran yang melanda Athens.
Kebakaran yang masih gagal dikawal itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 90 orang.
Angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat dari Semenanjung Attica ke Mati.
Mati adalah lokasi resort pelancongan yang popular, dilaporkan terjejas teruk.
Beratus-ratus penduduk terpaksa berlindung di kawasan pantai ekoran api semakin marak dan kebanyakan penduduk terperangkap dalam kebakaran.
Di satu kawasan, sebanyak 26 mayat orang dewasa dan kanak-kanak yang maut telah ditemui.
Kerajaan mengatakan kebakaran berpunca daripada pembinaan haram hingga menyekat laluan orang ramai untuk melarikan diri. – MalaysiaGazette