Pengerusi Pakatan HARAPAN, Tun Mahathir Mohamad diiringi Presiden Pakatan HARAPAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama Timbalan Presiden Pakatan HARAPAN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu menunjukkan LOgo Pakatan Harapan yang ditolok permohonannya oleh ROS di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengesahkan bahawa parti-parti Pakatan Harapan akan menggunakan lambang bersama dan bukannya lambang parti individu dalam pilihan-pilihan raya akan datang.

Kok Wai berkata, cadangan itu telah dibuat oleh DAP dan dipersetujui dalam mesyuarat Pakatan Harapan baru-baru ini.

Katanya kepada China Press, lambang Pakatan Harapan yang berwarna merah telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 16 Mei dan seharusnya digunakan gabungan empat parti itu dalam pilihan raya.

“Lambang Pakatan Harapan akan digunakan buat pertama kalinya dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan di Balakong,” katanya.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar sebelum ini berkata, logo PKR digunakan buat kali terakhir dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis bagi memberi laluan kepada penggunaan lambang Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette