Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar bercakap kepada media selepas melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 MEI 2018
Gambar Arkib: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar foto AFIQ RAZALI, 15 MEI 2018

KUALA LUMPUR – “Saya bertanding bukan untuk kegemilangan peribadi,” tegas Nurul Izzah Anwar ketika ditanya mengenai keputusannya mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR di dalam pemilihan parti.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau memilih untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak dua penggal lalu adalah bagi memastikan halatuju parti kekal relevan.

“Saya selalu percaya apabila kita memutuskan untuk bertanding, kita mahu berkhidmat kepada parti dengan memastikan idea pergerakan (parti) kekal relavan dengan aspirasi rakyat.

“Saya lakukannya sebagai satu tanggungjawab dan berdoa supaya ahli-ahli parti masih mengekalkan kepercayaan kepada saya untuk penggal ketiga nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain Nurul Izzah, William Leong, Michael Thamil, Datuk Johari Abdul, Kesavan Subramaniam, Balasubramaniam dan Menteri Sumber Asli, Tanah dan Air, Dr. Xavier Jayakumar turut bertanding merebut jawatan Naib Presiden PKR. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast