KUALA LUMPUR – Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bakal membuat keputusanterhadap permohonan peguam bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendapatkan perintah tegahan (gag order) menghalang perbicaraan awam berkaitan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun kelibat Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di mahkamah yang sama menarik perhatian wakil-wakil media.
Media yang membuat liputan kes Najib sehingga kini masih tertanya-tanya apa tujuan Clare ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Sebelum itu, Najib hari ini hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan permohonan gag order dan sebutan tarikh perbicaraan ditemani dua anaknya iaitu Nor Ashmandan Nooryana Najwa.
Terdahulu, pada 4 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Shafee untuk mendapatkan perintah tegahan sementara.- MalaysiaGazette